Tindakan sebuah kedai dobi layan diri di Muar Johor,
menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan beragama Islam sahaja telah
mendapat perhatian beberapa tokoh tertentu.
“Amalan itu bertentangan dengan Islam yang memudahkan
penganutnya, pada masa sama tidak sesuai dalam masyarakat yang pelbagai agama
dan budaya,” kata seorang tokoh agama dari Utara.
Manakala seorang tokoh parti politik dari pembangkang pula berkata, “Tindakan itu dilihat tidak matang dalam keadaan
negara yang berbilang agama dan bangsa.”
Berbeza dengan pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri
Johor (JAINJ) Datuk Nooh Gadut yang berkata, orang Islam dan bukan Islam perlu
menjamin pakaian yang dicuci di kedai dobi layan diri dalam keadaan bersih
daripada najis mughallazah (najis berat). “Najis mughallazah dan kotor lain
(berbeza), kotor boleh buat sembahyang. Sebab itu mesti dibersihkan dulu
(pakaian) dan baru boleh masuk dalam mesin basuh," katanya.
Inilah lumrah kehidupan, perkara remeh seperti ini pun
mereka cepat ambil tahu tetapi berkaitan pesta arak “Better Beer Festival 2017” mereka diam pula!..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan