KUALA LUMPUR: Ada blogger pro-Umno atau yang bekerja
untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat peribadi (personal) dan
keterlaluan serangan mereka.
“Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.
Menurut
bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu, ia mesti ada kebenaran kerana
beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam
temu ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.
Antara lain
beliau berkata: “.....itu membuktikan strategi media sosial yang kita
gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok
sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran
mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan.”
Beliau memberikan empat sebab hal itu berlaku.
Pertama,
sebagai blogger yang bekerja untuk parti, ketua-ketua parti dan isteri
mereka, tugas utama adalah menyokong parti dan ketua-ketua parti yang
menggunakan khidmat mereka.
Kedua, bukan semua blogger politik
ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan
komunikasi. Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau
penulis.
Ketiga, oleh kerana mereka tidak berpengetahuan dan
berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi maka
mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi
komunikasi.
Keempat, bukan semua blogger yang khidmat mereka
digunakan oleh parti-parti politik terdiri daripada orang berpendidikan
tinggi atau berpengetahuan luas dalam bidang politik, ekonomi,
pengurusan dan pentadbiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan