Khamis, 23 Mei 2013

TIAN CHUA DITANGKAP TAPI KENAPA KETUA PENGARANG UTUSAN TIDAK DITANGKAP SAMA

 
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.


Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.

Beliau juga turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Adam Adli hari ini adalah berdasarkan ucapan siswa berkenaan dalam forum sama.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNO-BN buat semua betul tapi kalau pembangkang buat semuanya salah. Segala akta akan dikeluarkan bagi menghalang pergerakan pembangkang. Sial punya penguasa

Tanpa Nama berkata...

Apa yang UMNO-BN buat semua betul? Sebenarnya DAP yang cakap keluar dari bontot

Tanpa Nama berkata...

Apa yang UMNO-BN buat semua betul? Sebenarnya DAP yang cakap keluar dari bontot

Tanpa Nama berkata...

Yen nadei. Yengga Po Rengge. See what happens in Penang.. LGE dengan labu2nye, biarkan... biarkan.

Tanpa Nama berkata...

Hidup BN!! Mampos pakatan !... parti huru hara..

Tanpa Nama berkata...

BEnd dh mulakan tangkapan 1 per 1. maka, x ubahlah sikapnya smpi bila2. Koranglah mangkok yg sokong Bend>>>

Tanpa Nama berkata...

aku dh kata, sapa baca harakah, sapa baca keadilan akn dtangkap kerana bukan ahli. tp sapa baca Utusan, dgr TV3, sokong, engeh, takkan diapakan. Modus Operandinya sama, menang pilihanraya, akan blakulah tngkapan..

Tanpa Nama berkata...

nmpknya, saranan mantan Timb Menteri Pgajian Tinggi dalam Wacana PRU13, suruh UMNO taubat nasuha, tidak diendahkan... kuasa nak menghantui Dr Z....