Rabu, 5 Disember 2012

KEGANASAN DI GOMBAK - UMNO MEMANG JUARA

Kenyataan Media - Angkatan Muda Keadilan Selangor
5 Disember 2012

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menyelar tindakan biadap dan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Gombak yang menganggu ceramah serta mencederakan orang awam yang hadir dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak di Perkarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara , Selangor Darul Ehsan.

AMK Selangor yang beberapa hari sebelumnya telah menerima maklumat bahawa Pemuda Umno Gombak berniat untuk membuat provokasi, cuma menjangkakan itu hanyalah khabar angin biasa yang hanya ingin dicetuskan bagi menghalang orang ramai menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Yb Haji Mohamed Azmin itu. Namun, Pemuda Umno Gombak akhirnya bertindak biadap apabila mula menganggu lalulintas dengan niat mewujudkan kekecohan kepada program anjuran Parti Keadilan Rakyat itu.

Walaupun AMK Selangor telah menjangkakan tindakan biadap tersebut, namun kami tetap terkejut apabila Pemuda Umno Gombak yang diketuai oleh Saudara Megat Dzulkarnain mula membaling batu dan botol minuman ke arah petugas Pakatan Rakyat dan orang awam yang mula membanjiri perkarangan tapak ceramah.Ini sama sekali tidak selari dengan 'semangat' palsu yang mereka tonjolkan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 yang lalu, untuk kononnya menjadi pembela orang Melayu, tetapi sebenarnya dengan biadap berani mencederakan orang awam.

UMNO PARTI PETUALANG, KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA WAJAR MOHON MAAF

Kemuncak kebiadapan Pemuda Umno adalah mereka bertindak menikam bahu salah seorang petugas Pakatan Rakyat yang hanya cuba mempertahankan tapak ceramah daripada tindakan ganas Umno. Perkara yang cukup memalukan ini adalah langsung tidak mencerminkan kematangan Pemuda Umno untuk bersaing secara sihat dalam demokrasi, dan seharusnya sebagai parti yang telah lama dalam arena politik negara, mereka lebih matang untuk melaksanakan tindakan.

AMK Selangor percaya sasaran sebenar Pemuda Umno adalah untuk menyerang Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim kerana sepanjang ceramah berlangsung, mereka tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggunakan pembesar suara yang dihalakan ke tapak ceramah, namun sikap profesional dan konsistensi Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menyampaikan amanatnya kepada ribuan rakyat, menjadikan mereka berang dan mengalihkan serangan kepada petugas dan orang awam.

AMK Selangor mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas-petugas yang bersatu hati mempertahankan orang awam dan tapak ceramah dari provokasi ganas dan biadap yang dilakukan oleh Pemuda Umno Gombak terutama Skuad AMK Selangor serta Unit Amal PAS yang begitu komited serta berani. Keteguhan anak-anak muda ini wajarlah diberi penghargaan dan pujian serta menjadi ikutan pemuda-pemuda parti politik yang lain dalam kaedah mengamalkan demokrasi dengan lebih terbuka.

AMK Selangor mencabar Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaludin untuk memohon maaf kepada orang awam dan petugas-petugas yang tercedera, atas perlakuan biadap yang dilakukan oleh ahli-ahli Pemuda Umno Gombak semalam. Jelas, Pemuda Umno tidak mempunyai ketahanan mental dan garis panduan, untuk berhadapan dengan tekanan terutamanya apabila menjelang detik-detik kejatuhan mereka dari kekuasaan.

Justeru, AMK Selangor menolak dan menyelar sikap ganas Pemuda Umno sebagai petualang, membelasah dan mencederakan orang awam diyakini adalah bibit-bibit awal perancangan Umno untuk mengharu-birukan negara semasa Pilihanraya Umum berlangsung, dan sejurus selepas mereka menerima berita kekalahan mereka selepas PRU 13 nanti. Rakyat harus terus cekal dan yakin, kezaliman pasti tumbang, dan keadilan untuk semua akan terlaksana

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Tiada ulasan: