Ahad, 14 Oktober 2012

POSTER 'RAYA HAJI DAN HOLLOWEEN' DI PAHANG

KUANTAN: Poster gergasi di sebuah pasar raya tersohor di sini mencetuskan rasa kurang senang pengunjung Islam ekoran cuba mencemarkan kesucian Islam dengan menyatukan sambutan Aidil Adha dengan Halloween.
Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.

Menurut laporan Sinar Harian, pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.

"Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam," katanya.

Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster  itu.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, poster seperti itu tidak boleh dipandang ringan.

“Sebelum anjur program, pihak berkaitan perlu faham sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menyentuh perasaan orang lain,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu boleh menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.

Tinjauan Harakahdaily di laman Facebook dan blog juga mendapati umat Islam melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu.

Biarpun pihak penganjur didakwa telah membuat permohonan maaf, namun yang dipersoal bagaimana program itu diluluskan penganjurannya di peringkat awal.
Akhirnya poster tersebut dibuka semula setelah mendapat tentangan tapi bukan daripada PERKASA, JATI, PEKIDA atau UMNO

Menurut mereka, rekabentuk poster itu secara jelas menghina Islam apatah lagi gambar Kaabah yang merupakan kiblat solat orang Islam diletak bersebelah dengan gambar 'hantu labu' yang jadi simbol kepada Halloween.

Tiada ulasan: