Rabu, 18 April 2012

PEKERJA KTMB YANG MENYOKONG PR DIGESA MENAIKKAN BENDERA DI STESEN KOMUTER MASING-MASING

Pemuda PAS menggesa seluruh penyokong dan anggota Pakatan Rakyat untuk menaikkan bendera mereka di seluruh 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Selangor sebagai reaksi atas tindakan sama melibatkan bendera BN.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, bagi membuktikan keterbukaan dalam demokrasi, KTMB juga mesti memastikan bendera parti gabungan Pakatan terus dikibarkan dan memeliharanya daripada sabotaj.

"Pemuda PAS mengingatkan, stesen Komuter KTMB adalah milik awam. Tidak wajar hanya bendera BN sahaja dibenarkan dipasang, sebaliknya bendera Pakatan ditegah.

"Stesen komuter perlu dijadikan kawasan yang bebas kepada mana-mana parti politik untuk menggantung bendera masing-masing," katanya.

Riduan mengingatkan bahawa perkhidmatan Komuter dan stesennya dibina hasil titik peluh rakyat yang memberikan sumbangan kepada kerajaan dan negara, bukan dibina menggunakan duit pemimpin BN.

Beberapa stesen Komuter di Selangor semalam dikesan dipasang dengan bendera BN, yang dikaitkan dengan dakwaan terdapat arahan oleh Pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed supaya membenarkan perkara itu dan memeliharanya daripada khianat.

Mohd Zin yang juga penyelaras BN Selangor bagaimanapun menafikan perkara itu tetapi berpendapat tindakan itu tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter. mkini

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eloklah BN perintah..PaKATAN tak boleh harap..pilihanraya parti sendiri pun kelam kabut..dahlah Ketua Umum nya terang2 melanggan pelacur..udah2 lah tu...

Tanpa Nama berkata...

aku tak sabar nak tukar MB..khalid ko ni memang hampeh..ko gi jaga syarikat jer la weyy..

Tanpa Nama berkata...

hahaha 2 TANPA NAMA yang tak sekolah, bercakap seperti budak terencat akal..ini pewaris melayu UMNO (united malay no otak)

Tanpa Nama berkata...

United Malay No Otak terang2 Ketua Umumnya PeeM dia melanggan artis(pelacur high class Kot?) kat mane???? kat Port Dickson.......