Seperti biasa rakaman video demonstrasi Bersih 3.0 'versi edit' akan
disiarkan untuk tontonan umum di saluran TV dan media yang dikawal oleh UMNO-BN. Tujuannya adalah bagi mengelirukan pandangan rakyat terhadap insiden yang berlaku di ibu negara Sabtu lalu.
Namun disebalik eksploitasi tersebut, kita boleh bandingkan video 'versi polis' dengan video original yang telah diupload terlebih dahulu oleh peserta dan petugas media PR di 'youtube'.
Kita tidak pasti bila video tersebut bakal ditayangkan kepada umum. Dari pengalaman yang lalu (Bersih 2.0) video tersebut akan dikeluarkan setelah kerja-kerja suntingan selesai dijalankan. Mungkin akan mengambil masa selama seminggu setelah proses suntingan bagi memasukkan sound effect dan animation dilakukan di studio di Hong Kong.
Video yang bakal ditayangkan nanti akan mempaparkan 100% memberi gambaran bahawa pihak berkuasa adalah di pihak yang benar manakala pendemonstran adalah pencetus utama rusuhan. Nescaya insiden polis memukul peserta Bersih tidak akan ditayangkan sebaliknya peserta yang memukul polis pula akan ditayangkan berulang-ulang kali.
Perkara ini memang telah dijangkakan, jadi kita akan tunjukkan rakaman
kita bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap apa yang berlaku pada
hari tersebut.
1 ulasan:
Kami sokong jika polis siasat seadil-adilnya siapa pencetus rusuhan sebenarnya. Dari sumber yang bolih dipercayai, mereka terdiri dari Siput Babi yang menyusup masuk dalam kumpulan BERSIH 3.0
Catat Ulasan