Isnin, 12 Mac 2012

KAK IJAT BUKAN LETAK JAWATAN TAPI TAMAT KONTRAK


PKR menganggap pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil bahaw beliau akan berundur sebagai menteri hanya cubaan memperdayakan rakyat supaya memikirkan BN bertindak dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Naib presidennya N Surendran berkata, Shahrizat tidak boleh mengaku berundur kerana tugasnya sebagai menteri turut tamat pada 8 April seiring dengan penamatan pelantikannya sebagai senator.

“Bagaimana Shahrizat boleh mendakwa berundur pada 8 April? Beliau sebenarnya berpaut pada kedudukan menteri sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya semalam, Surendran juga mempertikaikan tindakan Shahrizat yang mahu terus berpaut pada jawatan ketua Wanita Umno.

Katanya, tindakan itu membuktikan Umno tidak ada keazaman politik, kecenderungan atau kuasa moral untuk bertindak terhadap pemimpin yang didakwanya mempunyai salah laku.

Surendran sebaliknya berkata, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu patut berundur serta merta.

Selepas kontoversi panjang NFC, Shahrizats semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April). Beliau bagaimanapun berkata akan kekal sebagai ketua Wanita Umno kerana pergerakan itu sudah dianggap seperti keluarga.

AMK: Pengunduran iyakan skandal


Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) dalam kenyataannya berkata, pengunduran Shahrizat mengiyakan siri pendedahan PKR mengenai skandal NFC yang didakwa gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.

“Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.”

AMK juga menegaskan, apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat, ia bukan noktah kepada pendedahan yang akan terus dibuat. mkini

2 ulasan:

kampong lad berkata...

apa dah jadi pkr? naib presiden kata mami jelutong tak letak jawatan ('lesen' tamat tempoh), amk pulak kata letak jawatan (faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat). kenyataan sapa yg betul, naib presiden atau amk? benda yg senang boleh jadi celaru, inikan pulak isu2 yg penting. sebarang perletakan jawatan mesti dibuat dlm tempoh perkhidmatan. jadi senator2 samada yg kontrek tidak di 'renew' atau cukup 2 penggal semunya letak jawatan? mami jelutong ni memang kaki kelentong, kaki putaq belit. dia masih nak jadi ketua wanita, itu bukan masalah pr, masalah pr ialah nak sepak bn dari putrajaya. jgn terkeluar landasan.

Tanpa Nama berkata...

Ezam kata pembangkang patut contohi sikap Shahrizat sbb dia sanggup letak jawatan. Apalah bengap si Ezam. Letak jawatan dengan ditamatkan kontrak kan dua perkara berbeza.