Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.
Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.
Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".
Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".
Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu. mkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan