Khamis, 29 Disember 2011

BERITA GEMBIRA BUAT UMNO - AHLI DAP KELUAR PARTI DI P.PINANG

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri. mkini

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YANG JELAS... PASTINYA BERITA INI TAK AKAN KELUAR DI TV3 & RTM TERMASUK MEDIA PENCACAI UMNO ANGKAT NAJIS.

Tanpa Nama berkata...

mne ade org sggup dedah aib diri sdri..sama je dgn geng2 pakatan rakyat jugak..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa tak juga sbb isu hassan ali harakah siarkan juga. Bagi BN isu ape yg korang dedahkan??? tolong mintak BN ko tu dedah isu lembu... siot betul melantak duit rakyat beli kondo lepas tu tak mengaku salah.