Selasa, 20 September 2011

MEMANG KERJA 'BABI NEGARA' BETUL DIORANG NIE!...

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat Wikileaks memetik bekas ketua Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin sebagai mendakwa bahawa Rashid mengakui perkara ini dalam pertemuan peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen 'kotor' pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan mereka pendatang beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin-pemimpin tempatan sama ada di dalam mahupun di luar BN berulang-kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Adalah didakwa keadaan semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang kini dikenali sebagai 'Projek IC'. Ini adalah operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan ejen-ejen mereka - dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot dengan sebegitu mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang dengan rentetan beberapa pembelotan kepada BN, namun ramai yang menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula. sumber...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DULU PARTI ISLAM

LA NI DAH TUKAR NAK JADI PARTI KOMUNIS PULA

HAHAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Parti yang ahlinya yang paling malas bersolat 5 waktu menuduh parti yang ahlinya yang paling menjaga solat 5 waktu sebagai komunis. Gilakah apa puak-puak UMNO ni? Dah makan ubat ke?

dedalu berkata...

ameno nie memang organisasi paling kalut dan gelabah sekali selepas PR rampas 5 negeri dulu......
gerombolan nie laa yg dah reput tali perut...
tok wan depa dah kata...."UMNO is rotten to the core” ........
bila usus dah busuk.......apa lagi......tunggu padam saje le....

jadi sebelum padam tu.....depa reka buat mcm mcm.......sampai tak masuk akai pun ada....
tak perenah ada negara dlm dunia nie yg dok haria warganegara cukup senang kat orang luaq........
punya laa nak jaga temolok sendiri........depa haria ic wp palsu belambak lambak....(menipu dlm senyum) laa tu.....

segala mat bangla.....mamat dan minah indon tok sah dok kira laa.....
patutnya depa nie mau hantaq kat laut khalzum sana toh....

kah kah kah..........