Media perdana, termasuk akhbar milik Utusan Melayu (Malaysia) Bhd akan terus rugi selagi tidak membebaskan diri daripada pemilikan parti politik, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia.
"Satu cara sahaja media perdana, terutama Utusan akan dapat meraih sokongan daripada pembaca dan pengiklan iaitu untuk menjadi sebuah media yg bebas, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menyiarkan berita yang seimbang untuk memenuhi keperluan pembaca dan pengiklan," kata presidennya Hata Wahari.
Semalam Utusan Melayu dilaporkan mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Pendapatannya merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Dalam satu kenyataan kepada melalui SMS daripada Indonesia hari ini, beliau memuji Malaysiakini yang bertahan sebelas tahun ekoran kepercayaan pembaca dan pengiklan kerana mengamalkan kebebasan media.
Catatan: Inilah akibatnya apabila berita yang dilaporkan berat sebelah. Buatlah lagi!...
2 ulasan:
baguslah tu,kalau tidak bidaah aje yang di keluarkan setiap hari.cepat lah kau orang cari kerja lain,takut2 nanti bangkrap......
Orang Utusan kena cepat2 berhijrah cari kerja lain sebelum gaji kalian tidak dibayar. Padan muka hangpa dok lapor cerita palsu hari2. Pasal tu Allah tak redha.
Catat Ulasan