Dipetik dari: Utusan Meloya.
KAMPAR 29 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pemimpin UMNO yang melompat parti adalah mereka yang gagal meneruskan perjuangan parti dan bangsa.
Perdana Menteri berkata, pemimpin yang kuat perjuangan akan sanggup menghadapi apa sahaja masalah dalam apa juga keadaan.
Sambil melahirkan rasa dukacitanya, beliau menegaskan, parti turut lemah jika mempunyai pemimpin dan ahli yang tidak kuat daya juang.
"Orang yang melompat parti pada saya dia telah mengenepikan perjuangan. Kalau orang kuat perjuangan (parti), dia akan menghadapi apa juga keadaan. "Orang yang begini (lompat parti) memang lemah, satu contoh bukti kelemahan dan kegagalan dalam perjuangan," jelas beliau.
Pertanyaan saya pula pada Pak Lah, bagaimana pula sekiranya parti lawan yang lompat ke parti Pak Lah? Tak lemah ke... takde semangat juang ke...
Kah!... kah!... Kah!... jawab Pak Lah jawab!....
Dalam masa yang sama si Tajul Rosli nafikan dia akan letak jawatan sebagai pengerusi UMNO Perak dalam siaran Buletin Utama TV3 jam 8.30 mlm. Dia komplen mana pemberita dapat khabar angin tu.. Tup-tup keesokan harinya benar dia letak jawatan dimana tempatnya digantikan oleh Pak Najib dan timbalannya Pak Zahid Hamidi. Memang putar alam betul lah... UMNO-BN nie!... Ni yang Pak Lah cakap lemah semangat juang. Rupa-rupanya dia sindir pemimpin UMNO. Part nie aku sokong Pak Lah 100%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan