Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati.
Mengulas tindakan anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang berpakaian ketat ketika bersenamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor baru-baru ini, beliau berkata seorang ahli politik yang memahami pandangan masyarakat berhubung isu keagamaan seharusnya tidak melakukan tindakan yang boleh menyentuh perasaan penganut agama tersebut apatah lagi mengulangi perbuatannya.
"Memang tidak salah masuk ke masjid tapi adab susila harus dijaga. Saya lihat peristiwa berulang ini, seolah-olah tidak mempedulikan perasaan orang lain terutamanya Islam dan masjid.
Isnin, 3 Januari 2011
Ahad, 2 Januari 2011
KRISIS MINYAK MASAK - BN (Barang Naik)
Sekarang ini krisis kekurangan bekalan minyak masak sudah mula dirasai. Inilah hadiah tahun baru 2011 yang bakal dihadapi oleh seluruh warga terutamanya 'ketuanan melayu'.
Dulu, kita dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula. Maka berkokoklah juak-juak pencacai dan pengampu UMNO B-end memberi ulasan logiknya kenaikkan harga gula. Berkatalah, "penggunaan gula secara berlebihan boleh membawa kegemukan berikutan kadar kalori yang tinggi dan mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis penyakit termasuk diabetes, kolesterol tinggi, darah tinggi dan penyakit jantung. Oleh itu, kurangkanlah makan manis atau hindarkan terus".
Apabila minyak masak bakal dinaikkan harga, perkara yang sama akan didendangkan sekali lagi oleh menteri yang menjaga kementerian tersebut dengan berkata "kita patut kurangkan makanan yang bergoreng sebaliknya makanlah masakan yang direbus sahaja". Apa punya turr!... mentaliti menteri UMNO.
Langgan:
Catatan (Atom)
