Sabtu, 30 Mei 2009

31 MEI - CUTI UMUM BAGI UMNO-BN DI PENANTI


Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Esok juga (31 Mei) bolehlah diistiharkan sebagai cuti umum bagi UBN seluruh 1 Malaysia sebagai memperingati hari bersejarah buat julung-julung kalinya UBN tidak bertanding di dalam pilihanraya yang diadakan di Malaysia. Diharap cuti esok akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi UBN.

Antara acara yang bakal berlangsung esok adalah seperti mengadakan majlis kenduri kahwin, rombongan ke Padang Besar dan berbagai-bagai lagi.

A-I-B: UMNO-BN memang kelakar giler!....

Khamis, 28 Mei 2009

"SIAPA LAGI KALAU BUKAN ANGKARA UMNO-BN"



UMNO-BN akan terus dibelasah rakyat kalau beginilah cara dan perlakuan yang diterapkan kepada ahlinya. Usaha pemulihan yang diwar-warkan oleh UMNO-BN hanya mendekatkan lagi dirinya ke liang lahat pada PRU13. Walaupun mereka tidak meletakkan calun di Penanti, tetapi sebenarnya mereka berkempen untuk siapa??!!.... Dari segi bahasa macam bahasa gerombolan jer... banner nie!... takkan PR nak kutuk diri sendiri... huh!..., tak faham aku...
One Malaysia ada jawapannya!....

Rabu, 27 Mei 2009

HANTU ALTANTUYA MERACAU DI PENANTI

Hantu jelmaan Altantuya atau nama islamnya Aminah Abdullah meracau-racau di Penanti sejak akhir-akhir ini. Penduduk Penanti menjadi gusar akan kejadian yang belum pernah dialami sebelum ini. Mereka sering terserempak dengan hantu tersebut menari-nari seperti lagak seorang penari ronggeng tak kira waktu, kata Azmin Ali. Seorang pawang telah dipanggil bagi memagar di kawasan kejadian, agar hantu tersebut tidak lagi menganggu penduduk disitu. Bagaimanapun menurut pawang tersebut, hantu tersebut hanya akan dapat dihalau selepas 31 Mei ini atas sebab-sebab tertentu.

Selasa, 26 Mei 2009

Pi Pi Pi - malaysiakini

kayveas ppp pc 120308 straightPresiden PPP Datuk M Kayveas menyifatkan Senator Datuk T Murugiah - yang mengisytiharkan dirinya juga presiden parti itu - sebagai "orang yang gila publisiti" dan "perlu diperiksa mental".

Walaupun melemparkan perkataan-perkataan yang keras seperti itu, Bernama melaporkan, bekas ahli parlimen Taiping itu menganggap kemelut perebutan kuasa itu seperti "ribut di dalam cawan teh".

Sambil menegaskan beliau masih presiden sah PPP, Kayveas menambah:

"Perhimpunan yang berlaku itu tidak sah dan saya tidak mahu komen lagi tentang orang yang gila publisiti, tamak dan mengisytiharkan diri sendiri, dia telah dipecat daripada parti.

"Dia boleh buat apa yang dia mahu tapi kami masih menunggu rayuan dia (Murugiah) sehingga 30 Mei berhubung pemecatannya."

Kemelut politik PPP kelihatan semakin meruncing apabila satu perhimpunan tergempar diadakan di Putrajaya semalam yang didakwa dianggotai 1,760 perwakilan dari 778 cawangan parti itu.

murugiah egm 240509 celebrationSelain memilih Murugiah - juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) - sebagai presiden baru, mesyuarat itu juga membuat beberapa resolusi, antaranya, membatalkan pemecatan terhadapnya seminggu lalu dan turut memecat Kayveas daripada PPP.

Mengulas perhimpunan tersebut, Kayveas berkata pada asalnya ia hanya perjumpaan biasa sebelum Murugiah menjadikan perjumpaan itu sebagai perhimpunan tergempar PPP.

"Kurang daripada 10 peratus yang hadir semalam adalah ahli PPP, baju pun dipinjamkan, tak tahu dari mana (mereka yang hadir).

"Anda perlu pemilihan yang betul untuk mengundi bagi presiden parti, bukan setakat buat perhimpunan dan memanggilnya sebagai perhimpunan agung luar biasa," katanya seperti dilaporkan agensi berita itu.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mencadangkan musuh politiknya itu menubuhkan sebuah parti baru dan mengangkat dirinya sebagai presiden parti tersebut.
daripada terus menimbulkan pelbagai masalah kepada parti itu.

"Saya cabar dia, kenapa kacau PPP, jika dia begitu bagus, buat satu parti lain untuk satukan orang India.

"Sebelum ini dia (Murugiah) jumpa ROS ((Pendaftar Pertubuhan), dia dah minta ROS batal parti ini, ROS tak layan dia, tiba-tiba dia dilantik sebagai presiden, itu sah?

"Dia kena periksa mental dia di (hospital) Tanjung Rambutan," kata Kayveas selepas menghadiri perhimpunan agung tahunan PPP
Pahang di Kuantan hari ini.

Perhimpunan itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menurut Bernama lagi, Kayveas berkata PPP juga sedang mengenal pasti anggota-anggota yang hadir di perjumpaan tersebut dan akan diberikan surat tunjuk sebab.

Mengenai Perhimpunan Agung PPP ke-56, Kayveas berkata ia tetap akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada 7 Jun depan, dan menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikannya.

Sabtu, 23 Mei 2009

Projek "Mee Segera" mungkin akan dipindahkan dari Penanti ke Manik Urai

Wanita Barisan Nasional (BN) mencadangkan agar BN meletak calon wanita untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan yang kosong berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut, Ismail Yaacob semalam.

“Sekiranya beliau (calon wanita) menang, ia akan menjadi sejarah kepada BN, di mana wanita boleh menang kerusi khususnya di Kelantan,” kata Ketua Wanita BN, Senator Kak Ijad di sini hari ini.

Di Putrajaya, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perbincangan mengenai calon akan diadakan setelah BN menerima senarai calon.

Datuk Mustapa Mohamed pula berkata BN mempunyai potensi dan peluang untuk menang kerusi DUN itu berdasarkan pada keputusan pilihan raya umum 2004.

A-I-B: Potensi untuk mendapat projek mee segera juga cerah jika dibandingkan dengan DUN Penanti.

Jumaat, 22 Mei 2009

UBN TAK PERLU TANDING DI DUN MANIK URAI


ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira jam 5.55 pagi tadi di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut hari ini.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986 sehingga lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut kecuali pada tahun 2004.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Berikutan kematian ADUN tersebut adalah dinasihatkan agar UMNO-BN juga mengambil pendekatan supaya tidak bertanding sepertimana keputusan yang diambilnya baru-baru ini di DUN Penanti. Jikalau UMNO-BN bertanding juga, kemungkinan besar kekalahan kali ini adalah lebih besar berbanding dari majoriti pada PRU12 iaitu 1,352.

Jika benar Najib mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini tak usahlah bertanding di DUN Manik Urai dan berilah kemenangan percuma kepada PAS tanpa perlu ada pertandingan. Ada berani!...

Rabu, 20 Mei 2009

UMNO DITALKINKAN DI SAMPORNA SABAH


Klik pada image untuk link

Isnin, 18 Mei 2009

SAH!... UBN TAKDE TELOR DI PENANTI

1 Malaysia rasa tak seronok bila Najib umumkan BN tak bertanding di DUN Penanti pada petang tadi terutamanya penduduk pro UBN Penanti. Apa taknya, tak merasalah rakyat 1 Penanti yang setia pada UBN akan projek mee segera seperti kebiasaannya sebelum menjelangnya pilihanraya. Sebelum ini pun pernah saya menulis hal sedemikian di laman blog ini. Dalam hal ini, kita perlu tabik spring pada calon Bebas iaitu Aminah Abdullah kerana beliau rupa-rupanya mempunyai telor (lebih berani) daripada parti BN yang tidak mempunyai telor untuk bertanding di Penanti. Kemana pergi telor-telor UBN!... 1 Malaysia dan 1 Dunia nak tahu!...


Malaysiakini: Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.

PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

PERAK - "SEMUANYA ADA DISINI"


Aneh lagi luar biasa. Mungkin juga boleh menjadi tarikan pelancong. Ini kerana segalanya ada dua di Perak sekarang. Bermula dua kerajaan, dua Menteri Besar dan dua Speaker.

Selain itu ada dua setiausaha kerajaan negeri dan dua setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun). Namun harus diingatkan satu daripadanya haram dan satu lagi halal. Baca selanjutnya disini.

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI CIKGU

SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI CIKGU

Khamis, 14 Mei 2009

SATU MALAYSIA DAPAT HADIAH PADA SATU SEPTEMBER

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin mengumumkan rombakan jenis petrol bagi jualan runcit yang berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 September ini.

Dalam rombakan itu, kerajaan memansuhkan penjualan petrol RON92 berkuat kuasa 1 September dan memperkenalkan RON95.

Petrol RON97 pula akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter.

Petrol RON95 mula dijual di dua stesen minyak Petronas di Putrajaya dengan jenama Primax 95 kelmarin sebelum diikuti syarikat lain secara berperingkat.


A-I-B: Terima kasih di atas hadiah ini. Marilah kita sama-sama berdoa, agar selepas ini kita akan dianugerahkan berbagai-bagai lagi hadiah yang mengembirakan hati kita. "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Rabu, 13 Mei 2009

UBN & ZAMBRY HANYA FAHAM BAHASA PARIA

UJIAN BULAN MEI
2009

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
TAHUN 1

1 JAM
----------------------------------------------------------
Cari makna perkataan se-erti yang berwarna merah.

a. tangguh - tunda (bahasa melayu)
b. tangguh - batal (bahasa paria)

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan (gantikan membatalkan) keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Selasa, 12 Mei 2009

MB HARAM YANG HARAMJADAH - malaysiakini

Semalam MB Haram berkata "Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka". Dan hari ini lain pula bicaranya. Inilah jenis manusia bersifat munafik. Jadi, mahukah anda rakyat Perak berMBkan orang seperti ini!!...

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

UNGKAPAN ZAMBRY SETELAH MENGETAHUI KEPUTUSAN MAHKAMAH SEMALAM




"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka". Baca disini.

Woi!... sudahlah Zambry, hang jangan dok berlakon. Hang tak kan suka dengan keputusan nie!... Sejak bila hang berfikiran terbuka...

Dalam dok terbuka, Zambry serta rakan2 akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang. Cittt!... Hang cerita apa Zambry!...

Isnin, 11 Mei 2009

Dey!... Zombie, teh tarik wonek.


KEPUTUSAN MAHKAMAH (update 3.50 pm)

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPUTUSKAN MB PERAK YANG SAH!... "...MB PERAK YANG SAH ADALAH NIZAR". HABIS TU... SI ZAMBRY TU APA HAL!... ...APA LAGI DAH SAH MB HARAMJADAH LER!... JAWAPNYA. KAH!... KAH!... KAH!...
DAN BERKATALAH JUAK-JUAK UMNO, "KAMI TERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH ITU DENGAN REDHA". DAH AGAK DAH!....

Sumber dari albanjari

Ahad, 10 Mei 2009

SAMSENG KAMPUNG DUSUN

MUKA MACAM HARAMJADAH.
INILAH MUKA SAMSENG KAMPUNG DUSUN.
1 PERAK AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA MUKA HANG.

JIKA NIZAR DIPUTUSKAN BERKUASA ESOK!...

ANDAI NIZAR DIPUTUSKAN BERKUASA ESOK SEBAGAI MB PERAK YANG SAH MAKA PERKARA UTAMA YANG PERLU DIROMBAK ADALAH:

TIGA ORANG YANG MEMAINKAN PERANAN UTAMA INI PATUT DISINGKIRKAN ATAU DITUKARKAN KE KAWASAN PENDALAMAN (RIMBA) YANG PENGHUNINYA ADALAH TERDIRI DARIPADA ORANG HUTAN ATAU BERUK. JIKA MEREKA MASIH DIKEKALKAN, NESCAYA MEREKA AKAN JADI DURI DALAM DAGING ATAU GUNTING DALAM LIPATAN DALAM PEMERINTAHAN PR.



Datuk Zulkifli Abdullah
(Ketua Polis Perak)



Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim
(SUK Negeri Perak)


Abdullah Atong Sabri
(Bhg. Dewan Negeri & MMK)

Sabtu, 9 Mei 2009

TMNet STREAMYX MACAM KURA-KURA

Marah betul aku!... Apa taknyer.. perangai streamyx
macam kura-kura sejak seminggu nie!...
Aku bagi amaran kat TM, kalau hangpa
tak baiki perkhidmatan... aku akan potong line
dan tukar ke syarikat perkhidmatan lain
yang lebih berkualiti.

PEMBEBASAN MANOHARAN - MUNGKIN ADA AGENDA TERSEMBUNYI

PUTRAJAYA 8 Mei – Selepas 36 hari Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik Perdana Menteri dan ketika kajian terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang giat dijalankan, 13 lagi tahanan akta itu akan dibebaskan.

Ia termasuk tiga baki pemimpin pertubuhan haram Hindraf. Alasan kerajaan hanya satu - kesemua tahanan itu didapati tidak lagi memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Pembebasan mereka adalah yang kedua dibuat oleh kerajaan pimpinan Najib selepas pada 3 April lepas, sebaik saja mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau mengumumkan pembebasan 13 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf.

Langkah pembebasan terbaru itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan ialah K. Vasantha Kumar, 36, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, penasihat undang-undang pertubuhan itu, P. Uthayakumar, 47. Baca seterusnya disini dan sini.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Najib, rakyat sebenarnya sudah lali dengan permainan dan pembohongan politik UBN. Agenda sebenar kenapa Manoharan dibebaskan tak lain dan tak bukan kerana BN takut dimalukan sekali lagi jika Manoharan benar-benar letak jawatan sebagai ADUN kerana tidak mampu melaksanakan tugas kerana dalam tahanan ISA dan pasti PRK akan diadakan di DUN Kota Alam Shah.

Rakyat juga masih belum lupa apa yang telah berlaku kepada ADUN Penanti Mohamad Fairus Khairuddin. Beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai ADUN kerana dituduh menerima rasuah. Selepas dibicarakan beliau didapati tidak bersalah oleh SPRM. Permainan ini seolah-olah suatu proses memujuk dan sudah diatur agar Mohammad Fairus masih boleh menarik balik keputusan meletak jawatan ADUN Penanti kerana telah bebas dari disabitkan kesalahan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Mohammad Fairus berhak menukar pendiriannya sekali gus kekal sebagai wakil rakyat Penanti kerana beliau telah dipilih secara sah oleh pengundi di kawasan tersebut. Namun beliau tetap dengan pendirian untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN, sekaligus akan berlakunya PRK Penanti pada 31 Mei ini. Baca seterusnya disini.

Inilah fobia UBN jika ianya benar-benar berlaku juga di DUN Kota Alam Shah. Yang pasti malu UBN di P.Pauh, K.Terengganu, B.Gantang dan B.Selambau masih belum dapat dilupakan. Inilah skrip lama yang dimainkan oleh UBN dalam proses pujuk Manoharan dan tak mustahil jika Manoharan juga ikut jejak ADUN Penanti tetap melepaskan jawatan maka akan berlaku juga PRK di DUN Kota Alam Shah. Yang penting Manoharan sudah bebas.

Jumaat, 8 Mei 2009

SATU MALAYSIA NAK TAU!..., MANA SATU UNDANG-UNDANG RIMBA

INILAH UNDANG-UNDANG RIMBA YANG DIMAKSUDKAN
OLEH MB HARAM DPULAU


YB Siva diseret macam kambing


Macamana orang awan boleh masuk sidang DUN, polis pun ada sekali


YB Siva mencekik dirinya sendiri


Tak payah jadi ADUN, orang biasa pun layak masuk DUN.


Sapa suruh pakai baju hitan, kan dak kena tangkap


Berdisiplin sungguh pakcik-pakcik polis nie!..


Hitam putih kami tak peduli!...


Aik!... pakai baju putih pun kena tangkap. Apa cer!...




A-I-B: PRU13 akan menceritakan segala-galanya akibat kerakusan dari perbuatan UBN.

Khamis, 7 Mei 2009


Sejak akhir-akhir ini, dan sejak 1 Malaysia diperkenalkan dimana jua kita berada seolah-olah kita merasa tidak selamat lagi untuk bergerak bebas terbang seperti burung. Kita sentiasa diperhati. Kita sentiasa dicurigai. Kini baru ku faham erti sebenarnya, inilah yang dimaksudkan 1 Malaysia.

BIARKAN POTRET BERCERITA

YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!


Kumpulan polis berpakaian biasa keluar dari bangunan Dewan Negeri Perak.


Dari tingkat dua Bangunan SUK jelas kelihatan deretan polis keluar dari bangunan SUK


Perbarisan tamat tugas untuk ceroboh Dun Perak


Pasukan Polis berpakaian biasa sekitar 300 orang berbaris sebelum bersurai


Pangkat di bahu baju Dress no 1 saya tinggal 1 sahaja, hilang dalam pergelutan pertahankan speaker


Ipoh: Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orang polis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang Dun hari ini.

Saya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.

Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.

Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.

Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya.
Sumber dari blog Cina Islam

ASAL HITAM..., TANGKAP KECUALI KULIT HITAM

Sebarang elemen berwarna HITAM tidak termasuk kulit, bulu, biji mata..adalah diharuskan untuk ditangkap. 2 lagi baru saja ditangkap..

Raja Muda Perak telah selamat tiba, pintu Dewan akan dibuka apabila acara protokol selesai dilakukan, dari sumber memaklumkan semua Adun akan mula masuk ke dewan pada jam 10 pagi.

Siapa juga yg jejak dalam kawasan zon larangan 500 meter akan ditangkap, dan akan dihumbankan ke dalam trak..lu nak rasa kena humban lu pijak laa..tengok takpa..tak kena tangkap! Siren kereta polis dah mula sibuk berbunyi..bawak tangkapan ke balai ler tu..tepi2.. beri..laluan! Tak cukup atas jalan kena tangkap, mamat tengah minum kopi pun kena hangkut jugak..adehh...kulit hitam takpa, jangan pakai baju hitam..!

Air lengkong..air lengkong...! Singgit..singgit..! Yeop minum ayor kaler hitam, kena tangkap juger ker ? Idakk yer...okay..bak 3 teman nak beli..hauss sesangat ni yeop!

Majlis protokol dan perbarisan baru saja selesai, semua Adun mula memasuki dewan sekarang ! Blogger sudah mula nak kena halau..angkat laptop sekarang !!

A white van with a satellite dish is parked outside. The dish is pointing in the direction of the State Assembly building. Inside the van are electronic devices.
!

Hati-hati semua...!! Cilok dari albanjari

Rabu, 6 Mei 2009

ANDA SEDANG DIPERHATIKAN OLEH AKTA HASUTAN 1948

Anda juga mungkin boleh didakwa di bawah akta hasutan jika anda ada ciri-ciri seperti yang dianjurkan oleh Wong Chin Huat dan Mohamad Sabu.

Aktivis sosial, Wong Chin Huat - menyeru orang awam memakai pakaian hitam pada 7 Mei 2009 sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa oleh Barisan Nasional di Perak.

Komen: Mana lebih baik - syor orang ramai pakai pakaian hitam atau adakan pertandingan pakaian beragam dedah aurat sampai nampak buah da..???



Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu - penganjuran satu majlis solat hajat pada 7 Mei 2009 di Manjoi, Ipoh.

Komen: Mana lebih baik - anjur solat hajat atau konsert pesta maksiat???


A-I-B: Dunia dah terbalik. Fahami maksud tersurat dan tersirat.
Lu pikirlah sendiri!...

"MENANTI HARI ESOK" & "ESOK UNTUK SIAPA"

KEBEBASAN

Kebebasan memilih
telah kau ajukan aku ke sini
meyakinkan akalku mengerti
makna diri.

tapi bagaimana
perjalanan panjang lorong-lorong bersilang
sedang pergikah aku atau pulang?

Jalan ini katamu jalan semalam
tapi likunya berganti
dan sungai beralih haluan
aku jugalah kurang sedia
memahami perubahan.

biarlah aku di sini berhenti
berteduh mengeluh di bayang kebosanan
sambil menghitung waktu lepasku
dengan ingatan yang dilelahkan
oleh kebebasan.




Hakcipta: Rahman Shaari 25/1/76

Selasa, 5 Mei 2009

MENANTI HARI DENGAN PENUH DEBARAN (7 MEI 2009)

TIADA KOMPROMI!...

BUKAN SPEKULASI!...

BUKAN HAYALAN!...

SATU MALAYSIA NAK TAHU

TUNGGUUUUU!....

Ahad, 3 Mei 2009

Selsema Babi, oppsss!.. bukan "Virus Influenza A (H1N1)

PULAU PINANG 2 Mei - Sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada kes virus influenza A (H1N1) di Pulau Pinang, seorang lelaki rakyat New Zealand hari ini diletakkan di bawah pengawasan di wad pengasingan Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah mengadu demam dan sakit badan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengesahkan perkara itu berkata, sampel daripada lelaki berkenaan juga telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menurutnya, lelaki tersebut berusia 45 tahun, berkahwin dengan rakyat negeri ini tiba di Pulau Pinang dari New Zealand melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 April lalu.

"Dia datang ke HPP dan mengadu demam serta sengal-sengal di bahagian badan, ekoran itu dia dimasukkan ke HPP untuk tujuan pengawasan tetapi belum dikuarantin. Selanjutnya baca disini

A-I-B: Adakah ada diantara anda mengalami sengal-sengal di bahagian badan!... Sila berjumpa doktor berhampiran tempat tinggal anda. Ada kemungkinan anda juga dikhuatiri mengidap seslema babi, oppss!... bukan selsema khinzir, oppss!... pun bukan virus influenza A (H1N1). Agaknya menyebut "virus influenza A (H1N1)" mungkin lebih sopan atau lebih mulia dari sebutan selsema babi atau khinzir. Dulu zaman Mahathir sebutan khinzir dilarang, mesti kena sebut babi tetapi bila Mahathir dah tak jadi PM sebutan khinzir ke... babi ke..., dah tak jadi masalah.

Berbalik pula kepada tanda-tanda sengal tadi, bagaimana pula jika ada tanda-tanda parti politik disebelah sana juga mengalami sengal-sengal diperingkat cawangan, bahagian dan negeri. Anda tak perlu risau kerana anda bukan mengidap virus influenza A (H1N1) atau selsema babi dan bukan juga selsema khinzir. Anda tak perlu jumpa doktor sebaliknya anda dinasihatkan hanya perlu isi borang keahlian untuk menjadi ahli PR. Itulah ubat yang paling mujarab bagi mengatasi masalah anda. Takbir!...

Sabtu, 2 Mei 2009

Liputan sidang DUN - Hanya untuk akhbar dakyah UBN sahaja

Arahan membataskan wartawan membuat liputan sidang dewan itu Khamis depan - yang pertama selepas BN merampas kuasa Pakatan Rakyat, Feb lalu - sebagai campur tangan setiausaha kerajaan negeri.

"Perjalanan persidangan Dewan Negeri terletak di bawah bidang kuasa Speaker.

"Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Abdul Rahman Hashim) tidak berunding dengan Speaker berkaitan dengan hal ini.

"Beliau membuat keputusan sendiri secara sewenang-wenangnya," kata Speaker, V Sivakumar.

"Sekali lagi, Setiausaha Kerajaan Negeri telah campur tangan dalam urusan perjalanan Dewan Negeri."

Malaysiakini semalam melaporkan hanya beberapa "media utama" sahaja diberikan kebenaran untuk membuat liputan sidang penting tersebut yang menentukan saat-saat getir perjuangan terakhir Pakatan dalam perebutan kuasa dengan BN - termasuk menentukan Speaker baru dan usul menyokong menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir.

Media dalam talian termasuk Malaysiakini tidak diberikan peluang berbuat demikian.

Dalam kenyataannya kepada media hari ini, Sivakumar berkata media "bukannya datang untuk menimbulkan kekecohan dalam dewan."

"Mereka (media) hanya datang untuk membuat liputan persidangan. Rakyat berhak mengetahui apakah sebenarnya berlaku dalam persidangan hari itu," katanya.

"Rakyat tidak boleh diperdayakan dengan berita 'satu pihak' dengan hanya membenarkan media yang menyokong kerajaan.

"Tindakan Datuk Setiausaha jelas menunjukkan satu lagi usaha yang mengancam demokrasi negara kita." Sumber dari Malaysiakini

A-I-B: Peringatan; Akhbar dari pro PR tidak dibenarkan masuk waima hadir duduk di kaki lima sekalipun. Sidang DUN ini nanti hanya diberi keistimewa kepada akhbar dakyah pro UBN sahaja.
Kepala hotak hangpa!... UBN dah makin teruk...

Jumaat, 1 Mei 2009